Alkisahnya, cuti haritu datang pulak mood ‘rajin kuasa dua’ aku nak buat kek. Haha.. kalau korang nak tau dari dulu lagi aku memang minat buat kek. Ntah, aku tengok kek-kek nie cantik jek… comeyy jek… tu yang lagi semangat nak buat. Cuba ko suruh aku buat nasi goreng, mahu nyer aku bantai pakai serbuk yang dah siap tu jer.. :P
So haritu dengan muka ala-ala chef wan two aku pun keluarkan lar semua bahan-bahan yang aku dah beli siap-siap. Mula-mula aku buat kek batik, alah.. kek yang sangat simple dalam dunia tu. Tapi makan hari jugak nak buat, sebabnyer “MALAS” dan suka “BERTANGGUH” ! *elakkan sikap nie yer puan2* HeH HeH
Dah siap kek batik tu kena simpan dulu dalam peti sejuk. Kasi dia sejuk dulu dalam 6 jam gitu. Alar.. ingat dah boleh makan tadi. Sementara tunggu kek batik sejuk, aku start buat kek coklat moist yang dah lama aku mengidam nak buat sendiri. Selalu main beli jer. T__T
Nie lar ghope kek-kek yang aku buat tu. Kek batik & kek coklat moist.. tengok ghope kek coklat moist tu macam terlebih moist jek. Weehehe~~ nama pun hantu coklat, harus lar aku curah banyak-banyak coklat kan :P
kek batik yang nyummyy ! syok makan time sejuk.. milo yang dah campur dengan susu jadi sticky macam karamel gitu. Sedap oii ! *puji diri sendiri*
nie namanya kek coklat moist hujan pelangi... sangat over aku dok tabur 'pelangi' tu. Nama pun hujan kan.. kena lar lebat! Ahaks~~
Lepas nie nak cuba buat Blueberry Cheese cake pulak. Sape ada resepi ?? share lar sikit... *wink! wink!* (^_-)v
Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ